Kepada kodok-kodok diehard dan juga kodok-kodok baru, jika anda berminat nak berjumpa dengan saya dan berbuka puasa bersama-sama standbylah untuk bertemu untuk EVENT BUKA PUASA TERGEMPAR KODOK-KODOK seantara Malaysia. Tahun ini kita juga akan mengestablishkan 'Fellowship of the Kodoks' ataupun dengan nama skema-nya 'Afdlin Shauki fan club' dan jika anda betul-betul berminat untuk menjadi sebahagian kelab ini sila hantar email ke cipkodok@gmail.com dan segala rahsia-rahsia negara afdli shauki akan di beritahu... seperti tarikh dan lokasi acara berbuka puasa besar-besaran ini.... hahaha jadi bersedialah... untuk kodok-kodok luar negara, kita berbuka conference call ajelah ataupun on YM. heehee. so STANDBY!!!
By the way, iklan petronas itu adalah arahan iklan pertama saya, Mc Donald's 'puasa penuh' iklan kedua,

tengah direct iklan puasa penuh McD

Checking framing Mc'd commercial

talent yang agak cun.
dan saya nak mengucapkan terimakasih kepada Yasmin Ahmad dan team kat Leo Burnett serta kat Mhz kerana memberi peluang untuk saya cuba membawa sentuhan dan fahaman saya ke dunia iklan. Memang lain dan lebih stressful dengan dunia filem cereka tapi... menarik.... tertarik ... ia memang da bomb.
Post a Comment