
Hi gang, setelah lama sibuk dengan kerja-kerja untuk mencari sesuap nasi, pada bulan ramadhan ini aku kembali bebas untuk memblog sekali lagi. Alhamdulillah. Mungkin ramai yang tertanya kemana menghilangnya gua.
Sebenarnya dalam berberapa bulan ini banyak perubahan yang berlaku dan banyak benda baru telah ku cuba. Aku akan cuba huraikan satu persatu supaya dapat kita amati bersama produktiviti aku setakat ini.
Since kita semua tengah bersemangat PUASA apa kata kita mulakan dengan dua program raya yang sempat gua hadiri lantas melepaskan tanggungjawab gua untuk muncul di kaca tv waktu raya ni. Program pertama ialah 'RAYA BERSAMA FARAH', di mana ak dapat bersama girlfriend (didalam mimpi ku) Farah Fauzana , heehee ... entah apa hal tapi aku sukakan cara dia bergurau senda dan peribadinya... A bagi term minat aku kat dia sebagai 'Professional Crush' hehehe...
Gua yang baru habis berlakon Babak empat Madu tiga sebagai watak JAMIL yang di mainkan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dulu bersama dua gadis yang amat dahsyat kebolehannya, Misha Omar dan Farah Fauzana.
Gua sedang mendendangkan Farah lagu kegemarannya AKU LELAKI
Inilah semua tetamu Farah, Pak Aziz Satar, kalau tak silapgua Darling, Jinbara, dan Aku sendiri. Mantap.Selepas itu gua dijemput pula oleh Azwan Ali dan Juga Adlin Aman Ramlie untuk 'Jangan Tidor Lagi' Raya special di mana gua digandingkan dengan dua insan top di Malaysia ini.


berbual rancak

Cuncun... alahai Datuk Siti
...........Ya Allah dah lah cantik berbudi-bahasa pulak tu untung Datuk

Post a Comment