Semalam aku pergi melawat sahabatku Rosyam Nor yang baru sahaja kehilangan ayahnya. Aku melihat mukanya tenang bila menyalam tangannya, tapi bila kudakap dirinya dapat ku rasa sebak didadanya. Aku ucapkan takziah kepada beliau serta Naa Murad dan JIt Murad yang juga kehilangan ayah mereka. Mari kita sedekahkan Al Fatihah bagi mereka.
Aku tertanya diriku sudahkah ku bersedia untuk melihat sesiapa dalam keluargaku pergi. Satu persatu wajah mereka muncul dari ayah ku, ke ibuku, ke adik-adik ku, ke keluargaku sendiri adakah aku cukup kuat untuk melihat mereka pergi. jawapannya tidak. Aku masih belum sanggup melihat sesiapa pergi kerana rasanya belum cukup masa yang dapat ku bersama diri mereka... Apa yang boleh aku lakukan?.... STOP TAKING LIFE FOR GRANTED.... bila-bila masa aje kita boleh jalan. so kenalah buat persediaan dan jangan buang peluang yang kita masih ada untuk menghargai apa yang kita ada dan jika ada sesuatu yang kita nak capai , let's do it now rather than tomorrow or later.... because we donno wether we got tomorrow or not.
I feel your loss bro Rosyam, Naa and Jit and may god bless their soul (cucuri rahmat ke atas roh mereka).

Post a Comment