Thank you to Anne and the rest of the gang for organising the kodoks buka puasa at the great eastern mall semalam. Memang seronok gua dapat berjumpa dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa. Thanks to Amylea AF dan Aizat AF kerana datang juga. You all memang kodok. Macam gua jugak. heehee. Gua also harap you all enjoy the gifts yang gua dapat bagi hari tu sebagai kenang-kenangan hari berbahagia itu.
Untuk mereka yang tak dapat datang semalam, esok ada satu aksi rambang berbuka dengan cipkodok lagi, tapi yang ni ala ringkas dekat NZ CURRY house dekat dengan office gua. Masa, sebelum buka ler... kalau tak tahu waktu buka... tanyala kengkawan yang berpuasa...
Anyway my life currently is back in full gear. LOS dan FAUN sudah siap edit dan sudah bersedia untuk dubbing DAN lepas raya gua akan memulakan penggambaran filem terbaru gua yang berjudul PAPADOM. Kisah seorang pengusaha Nasi Kandar di Pulau Pinang yang terlalu kuat bekerja sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa dan suami, akhirnya satu tragedi memaksanya mengubah caranya dan menjadi bapa terlampau misali. Nantikanlah dia di gerai-gerai vcd cetak rompak berhampiran jika tidak berperikemanusiaan.
Power to the People
Afdlin Shauki

Post a Comment